Hari cuti adalah hari untuk berehat dan berhibur bersama keluarga. Hari ini, 01 Mei 2009, adalah Hari Cuti Am, Hari Pekerja. Juga hari untuk pergi melancong! Mari kita pergi melancong cuti-cuti Malaysia ke Sabah, istimewanya ke Papar Sabah.
Istimewanya hari ini bukan sahaja kerana hari cuti am, tetapi juga hari pelancaran mulanya Pesta Kaamatan 2009 peringkat negeri Sabah i.e. Pesta Menuai di Negeri Sabah. Lokasi pilihan pelancaran Hari Pesta Kaamatan tahun ini adalah daerah Papar Sabah.
Awal pagi lagi saya sudah berada di Papar untuk melihat pelancaran ini oleh YAB Ketua Mentari Sabah, Datuk Musa Aman. Ramainya penduduk setempat dan juga di luar kawasan Papar yang datang ke pelancaran bulan Pesta Kaamatan 2009 Sabah ini. Walaupun hujan turun seawal 8 pagi, tidak menghalang orang ramai datang ke pesta ini dengan gembiranya. Kelihatan pelancong-pelancong luar negara yang datang cuti-cuti Malaysia ke Sabah di pelancaran ini.
Banyaknya gambar yang saya tangkap. Antaranya gambar bersama DJ Othoe SuriaFM, DJ rangkaian radio SuriaFM, gadis-gadis ayu berpakaian traditional, makanan tempatan dan persembahan-persembahan nyanyian secara kumpulan.
Jadi bagi anda yang ingin melancong hanya dalam negeri bulan ini, kempen cuti-cuti Malaysia ke Sabah giat rancak sekarang ini. Bulan ini adalah bulan yang paling sesuai untuk melancong ke Sabah kerana sepanjang bulan Mei ini, Pesta Kaamatan diadakan di pelusuk kampung dan daerah.
Untuk keterangan lanjut, bolehlah melawat laman web Sabah Tourism tentang tarikh, masa dan tempat keramaian yang berkenaan.
Saya mengucapkan selamat cuti-cuti Malaysia ke Sabah Negeri di Bawah Bayu, Malaysian Borneo!

3 comments:
Promotion utk melancong pg Sabah kah nie....
Begitu labah kaka ini... hehe
Bagusnya sana ada lagi hujan....Sini jerebu ja tebal...Hujan pun turun sikit saja...
Post a Comment